Wednesday, January 09, 2008

Kepelbagaian PKR Tergadai di P. Pinang?

Kepada semua pemerhati politik dan pendokong reformasi pasti mendahagakan kesepakatan pembangkang untuk menyahut cabaran gergasi Barisan Nasional yang "sengek-sengek".

Pengumuman petang tadi menarik perhatian dan menyentuh perasaan saya atas kesefahaman antara DAP dan PKR/PAS atas persetujuan untuk mencapai wawasan 1 lawan 1.

Di antara 13 Parlimen dan 40 kerusi DUN; telah dipersetujui DAP akan bertanding 7 Parlimen dan 19 kerusi DUN.

Dalam pada itu, baki 6 Parlimen dan 21 kerusi DUN akan diwakili oleh calan daripada PKR dan PAS.

Apa yang melucukan adalah PKR sebagai sebuah parti pelbagai bangsa difahamkan tidak ada satu (1) peluang sekurang-kurangnya untuk menghantar calon bukan Melayu untuk bertanding di negeri yang dipimpini oleh wakil Parti Gerakan.

Oleh itu, ia akan menyulitkan usaha untuk bertopengkan PKR sebagai sebuah parti kepelbagaian kaum dan bangsa.

Difahamkan, sebelum ini terdapat kepimpinan tertinggi pernah berjanji sanggup "menggugurkan kepala" jika kerusi Batu Kawan tidak dapat dipertahankan. Hakikat hari telah diumumkan bahawa bukan sahaja Parlimen Batu Kawan diserahkan kepada rakan kongsi; malahan telah ditutup semua ruang untuk calon bukan Melayu tanding atas panji PKR untuk mana-mana Parlimen dalam negeri Pulau Pinang.

Manusia hidup pegang kepada janji; adakah janjinya masih berkesan? Ataupun ada pihak yang telah menggadaikan kepentingan sesuatu?

Juga terdapat khabar angin menyatakan bahawa golongan refomis sudah nyata dimarginalise dalam PKR. Dahulu ramai, kini golongan ini tidak berdaya lagi kerana tidak pernah diberi ruang untuk bersuara. Ia termasuk percaturan bakal-bakal calon pilihanraya akan datang; mungkin ada calon "payung terjun" akan menggantikan aktivis yang sedia ada.

Saya tetap mendoakan seboleh-bolehnya semua ini akan kekal menjadi khabar angin semata-mata.

No comments: